8/19/10

Mimpi Yang Mendudukkan Kita

Saya pernah berpatah harap dan menangis. Bertalu-talu menyoal takdir. Kini, saya masih sesadis itu. Cuma airmata saya sedikit mahal. Saya tahan demi harganya; yang bererti kekalahan. Saya tak mahu kalah lagi. Kehidupan ini terlalu saksama untuk dikesalkan. Hari ini kita palingkan harap demi menyambut takdir yang lebih baik, seperti yang disuratkan sejak awal dulu. Saya bakal meronta; saya akui, tapi saya tidak akan sekali menongkah arus. Rontaan tadi bakal senyap dek deras arus mengalir. Dan kita semua berdiri bertepuk tangan. Adapun kita terbodohkan diri, sebenarnya yang paling bijak sedang perhati apa kita mahu mengambil tauladan. Aliran misterius dunia semakin jelas dan terungkap. Berserahlah.

Jaga

Pernahkah anda terjaga tiga pagi dari mimpi buruk? Mimpi yang buat anda hilang diri sebenar. Mimpi yang buat anda bangun menyentuh komputer riba, 'online' semata-mata untuk lihat semula wajah-wajah orang kesayangan yang sejurus tadi anda rasa seperti tiada langsung dalam hidup. Asing. Ada mimpi yang buat kita kesal lalu terduduk diam sendirian di hujung katil.

8/10/10

Kembali Lagi.

Serpihan diri yang berselerak
perlu dikutip dan disatu kembali
demi kita sambut datang hadirnya
bulan yang kita rindui

Usaha yang kita curah untuk kebangkitan memori dulu-dulu
semestinya sia-sia
manalah mungkin zaman silam terulang
lumrah waktu
memang dicipta begitu
agar kita belajar menghargai
setiap momen dan keindahan depan mata
dan untuk kita menghadam erti takdir dan masa depan

Pengertian Ramadhan berbaris-baris
aku menanti mencari
kalau ada erti untuk aku sendiri
kala ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

8/2/10

Biskut Atas Meja

Cemburu kan diri
yang boleh lagi bergoyang kaki
minum kopi bersenang-lenang
waktu kepala tak lagi mampu
mengimbau kisah duka gembira lepas

Akukah itu yang hidup dalam kenangan
atau makhluk satu lagi punya kerja
mencarik-carik bimbang
demi natijah abstrak masa depan
yang jelas tak jelas

Datang sendiri
atau aku kan mencari semula
diri lama yang sering bimbang benda-benda alami
juga serakah yang sakit bila terhantuk

Aku tak kenal lagi diri ini.
Hilang. Seperti biskut.

8/1/10

Atas Bawah

Ada kisah kehidupan yang membuat kita tertunduk dan menangis.

Dingin