8/26/11

Menjelang Tarbiyyah

Tiada rasa bertemu ilmu. Kalau aku disapa saing dalam tarbiyah, belum pasti aku mendongak kepala.

Apalah lembapnya hati? Apa sudah terkatup mungkin? Cerita-cerita ketidak adilan dan lakonan konon-konon si mangsa keadaan menyorot bibir dan fikir. Nafas-nafas busuk melingkar ruang sempit berhabuk, di sebalik tangga maut yang menuju lagak kecemerlangan.

Keluarlah bertemu cinta, nescaya nestapa; menyedari masa-masa silam dan depan yang terbazir di ruang penuh kemaksiatan, menambah dosa dan pahala tanpa seksa dan pengajaran sejati alam satu lagi.

Kita lekaslah melangkah, teman. Cita-cita dan masa tidak sekutu, satu lingkup yang lain berlalu.

Demi sesungguhnya aku sudah tidak peduli lagi.Sekadar melepas pergi, kerana cinta ini telah larut tanpa isi.