Kalau ikutkan hati, sudah saya cincang tangan sendiri.
Siapa sangka, setelah berpuluh tahun, dakwat hitam dan kotor tertitis lagi.
Saya menganggap karma sesuatu yang indah. Ia menjadi alasan untuk kita mengehadkan perlakuan bangga diri. Kita semua perlu berpaling sebentar bila dirempuh tragedi. Mana tahu kita pernah terlepas kata-kata atau perilaku. Yelah. Manusia tak sempurna; mesti pernah buat silap punya.
Dahulu kamu berkata, untuk apa saya dibela, kerana untukmu diri ini bukanlah siapa-siapa.
Di sini waktu ini, saya rayu, ruang-ruang ini biarlah dilapangkan seketika. Terhimpit, ditekan-tekan. Siapa sukakan ini semua sayang?
Saya kucup dahi kenangan, saat bertemu separuh jiwa di bumi angan-angan.
Biarlah apa orang mahu katakan. Yang penting, kita tahu apa yang kita lakukan. Cakap-cakap itu, semua akan terkubur sendiri.
Kalau bintang nak kamu jadikan teman, cukuplah andai saya dibenarkan untuk cuba menyamai sinarnya. Kalau pun tak setanding, terang kelipan saya walau terdetik seribu tahun sekalipun tetap saya syukuri.
Marilah kita mengimbau dan bersama mengejar kembali cinta abadi yang pernah kita cita-citakan dulu.
No comments:
Post a Comment