Selamat tinggal, dunia.
Jernih air mata ini tanda aku sudah ikhlas meredhakan mimpi. Urat urat mata warna kelabu, tampak janggal bersilang dengan putih kuning bijinya. Anaknya ada warna-warna dosa yang ditatap saban malam, dan seluruh raga memancar kekelaman.
Si gila mana yang konon-konon menyangka yang suci manusia itu cukup sempurna untuknya? Yang sakitnya, bila saja kesedaran hadir, si gila wajib lewat. Wajib.
Saat-saat ini, aku cuba memujuk diri sendiri, agar menghargai pengalaman bulan-bulan lampau yang jujurnya sudah cukup indah untuk dinikmati, juga ditatap.
Memujuk, agar diri larut ini berpuas hati. Keazaman yang disaksi pasir-pasir halus, peluh keringat tingkat 12, lopak air di tingkat bawah tanah tempat motosikal bersemayam, pelangi indah lewat hujan, dan merah mentari petang. Kesilapan yang dizahir tutur kata (lewat irama kegemaran), nahu tindakan di jaring-jaring maya, mahupun lagak lakon hambar dan janggal.
Saat-saat ini, kabus mula pupus. Ribut mula melerai. Sebab jalan yang aku pilih, terus-terang cakap, dipilih Tuhan untuk disinari hakikat. Lantas mengusir orang orang sadis yang mengejar mimpi seperti aku ke tepi.
Indahnya kerelaan, saat kita mengimbau dan mengenang. Kisah kisah lampau yang penuh warna warni, yang takkan tanggal dari bekas luka, bukan sepertinya keras darah & nanah yang melekat di lutut lewat kemalangan itu hari.
Ah, kemalangan itu. Yang manis itu.
Marilah nurani, kita kecap nikmat manis masin airmata jantan ini, yang gugur membasah parut jelaga dan minyak di pipi. Jernih, tapi penuh isi.
10/3/12
4/13/12
Kabus Ribut
Samar-samar saja. Kurang jelas. Kau pun tahu kenapa kan? Itu, ribut. Betul-betul depan jalan raya yang kau pilih.
Kau kata hujan indah kan? Berseri-seri. Tapi cuma kalau ditunggu. Dan diamati waktu berhenti.
Kau sendiri tahu, betapa bahayanya menunggang motor kapcai di celah-celah rintik hujan. Merah mentari di sebalik alun awan, terusannya mengucap tiba. Buat anak mata mengecil.
Mana lagi nak menyelit, mata hati pandang ke jalan, atau plat motosikal di depan? Jangan mengelamun. Jangan. Ini bukan hiburan.
Usai hujan, pagi hari berkabus pula. Pun sama juga. Kau tempuh kesejukan sambil mengagak dan tercari. Empat puluh, tapi sampainya kosong. Tak sampai separuh. Limpahannya yang ada dulu, mengalir, menghibakan jiwa.
Ku ingin bersamamu, hingga ke akhirnya.
Untuk keenam kali, kau masih belum mahu belajar.
Kau kata hujan indah kan? Berseri-seri. Tapi cuma kalau ditunggu. Dan diamati waktu berhenti.
Kau sendiri tahu, betapa bahayanya menunggang motor kapcai di celah-celah rintik hujan. Merah mentari di sebalik alun awan, terusannya mengucap tiba. Buat anak mata mengecil.
Mana lagi nak menyelit, mata hati pandang ke jalan, atau plat motosikal di depan? Jangan mengelamun. Jangan. Ini bukan hiburan.
Usai hujan, pagi hari berkabus pula. Pun sama juga. Kau tempuh kesejukan sambil mengagak dan tercari. Empat puluh, tapi sampainya kosong. Tak sampai separuh. Limpahannya yang ada dulu, mengalir, menghibakan jiwa.
Ku ingin bersamamu, hingga ke akhirnya.
Untuk keenam kali, kau masih belum mahu belajar.
3/23/12
Rukun Damai
Setiap masa yang kita bazirkan mencerca dan menyangkal adalah salah silap sendiri. Kalau satu pasang manusia yang duduk di cafe hujung tengahari tadi terfikir idea gila ini, maksudnya ia masih dalam radar kewarasan.
Apakah cabarannya? Untuk menjadi optimis. Meraikan takdir sebaiknya. Belajar memaafi. Belajar menghargai. Motivasi? Eternal happines.
Saya ini begitu yakin sebenarnya.
Saya tahu yang ramai akan menjadi skeptik bila mana rakan-rakan sekalian saling mengenali saya sebagai manusia paling banyak adu dan drama. Saya anggap itu sebagai tembok besar menunggu dipanjati dan diroboh dari belah sana; saya sendiri yang mahu menukul.
Well, being a critical person makes this very hard for me to do. The truth is I've always want to be positive, arakian dengan cara begini saja saya akan menjadi manusia yang lebih baik. Tapi berkata lebih mudah dari menzahir.
Kini, hidup baru menyambut sama azam baru, juga semangat dan inspirasi baru. Saya punya dua-tiga perkara yang sangat (baca: gila babi) penting untuk dipinda dalam masa dua ke tiga bulan mendatang. Semuanya demi menanda perjalanan hidup untuk tahun mendatang.
Eternal happiness yang disari keberdikarian. Sebab saya tahu sakitnya hidup bergantung pada orang.
Itu hari, saya sedang berdansa di toko buku, membuang masa dan tenaga yang kiranya molek kalau dibuat mengisi sisipan kerja yang mula memudarat, tapi saya mahukan udara segar mungkin. (Melengah satu lagi masalah, passion belum tiba dengan stabil. Surut pasang bermusim, mungkinlah).
Jadi saya berdiri di tengah-tengah toko tersebut, sebelum saya terjumpa kata begitu murni nada dan takrifnya:
Zaman kanak-kanak, kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersadung jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?
Lancar Faisal Tehrani berbicara, bukan? Jadi saya terfikir, sampai bila? Saya percaya bahawa orang yang berbuat silap dua kali adalah atas kebodohannya sendiri.
Waktu sama, saya paham apa saja yang saya sedang buat kini adalah kesilapan. Kerana kan asasnya yang salah, nyata. Hati ini busuk.
Saya meninggalkan yang patut dilakukan, dan melakukan apa juga yang patut saya tinggalkan lama dulu, waktu berpeluang. Kata kawan ku seorang, pintu peluang sentiasa dibuka. Masih ada masa. Tapi jangan leka.
Jadi saya mahu bermula mewangikan hati. Doakanlah yang mana patut.
2/23/12
Musytari
Di tengah galaksi, terdampar sendiri. Menyalah takdir dan kesempatan yang tak juga kunjung tiba.
"Gerhana itu alami. Tapi pasti lewat."
Besar di sini, malah terbesar. Mengapa tidak terserlah, mungkin jarak, mungkin pedoman. Kadang keraguan yang lama mengisi hati bertukar gusar bila capai kematangan. Sekejap-sekejap sedap diulit bintang peneman sepi dan kegelapan.
Kejora dan Zuhal tidak tahu. Bulan dan Mentari boleh saling menyumpah. Maki hamun seisi Bima Sakti menjelang pula sebentar lagi. Detik itu makin hampir, bila waktu tidak lagi relevan, tidak lagi bersandar nasib dan keinginan.
Kalaulah Musytari duduk menerangi kota impian, seperti Matahari di kesiangan, atau Bulan kala gelap malam, atau lahir mewah berhias cincin seperti si Zuhal, atau merah menyala umpama Kejora. Kalaulah begitu takdir mendampingi.
Pusaran besar itu memang banyak intipati. Namun jalinan intipati inilah yang membuka jalan, di sebalik serabut akar dan tangan Tuhan, sesungguhnya yang menggerakkan impian adalah usaha, doa dan tawakal.
"Gerhana itu alami. Tapi pasti lewat."
Jangan merajuk Musytari. Masih ada masa lagi. Bersabarlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)