It has been exactly 3 years since it all ended. Let me be completely honest with you; for the past 3 years of my life, not a single day has gone by without me reminiscing our memories together, my friend. I don't want to be someone who regrets my past, nor to be someone who will still be clinging to a long gone history. But the truth is, I miss you. So much.
Ketahuilah kawan, tak pernah aku ke suatu tempat tanpa berharap terserempak dengan kelibatmu.Tak pernah satu pun lagu berdendang tanpa terkait syairnya dengan keletahmu. Tak pernah satu kali hari hujan kulalui tanpa renungan juling pada deraian air yang membiaskan riak kesayangan itu. Malah, tak pernah sekalipun rasa kasih ini berkurang; kesanggupanku untuk melakukan apa sahaja untukmu masih ada. Kekal kuat, cukup dan penuh, tak terusik walau sedikit pun.
Bila diri sunyi dan sendiri, mana ada wajah nan ceria lain yang akan aku ingat-ingatkan untuk mewarnakan kegelapan dan kekosongan. Bila naluri terdiam lesu dan kering, mana ada nama nan indah lain yang aku laung-laungkan untuk menghidupkan nafsu dan keghairahan.
We had it all my friend, we had it all.
Untukmu, kawan yang lama menghilang, doa dan kata harap penuh kemaafan sudah terlalu klise untuk dilayangkan, semua itu kini bagaikan hilang makna dan keikhlasan nawaitunya. Sudah terlalu lama kita berdiam, dan sepertimu, aku juga percaya pada mulanya, bahwa masa adalah remedi kesakitan jiwa yang sempurna. Tapi kepercayaan ini nyata tidak berhasil untukku, kawan.
Kerana aku ini, sesungguhnya, masih lagi orang yang sama, seperti tiga tahun yang dulu. Yang masih tegar, mencintai dan menyayangimu.
5/19/13
Di Pulau Dewa
Aku nampak awan besar atas kepala, pura, berhala & candi bentar berkawad di kiri & kanan jalan di keliling kota wisata dan anak babi disalai melata depan mata.
Bunyi seruling lama mendayu berselang sayu dan rancak dalam kencana. Vishnu yang agung dan kuda besarnya menjelma dan bernyanyi sama.
Di daerah rawan longsor, sawah padi persisir gunung, pepokok saka dan jalan rayanya yang bengkang-bengkok buat aku rasa alam mahu menyatu kembali dengan manusia sekitarnya yang budiman.
Aku, walau tak budiman mana, tetap juga tertarik, taksub dan takjub dengan simbiosis nyaman dan bau kemeyan yang menerawang di Pulau Dewa.
12/8/12
Harga Dewasa
Kurang lebih, seminggu dah berlalu sejak saya diraikan dalam majlis graduasi di Kota Anggerik. Graduasi, seperti biasa. Panas, sesak & penuh cinta, tawa & air mata mungkin, meski yang zahir atau batin.
Jadi apa lagi selepas ini? Ramai yang mencatit cita-cita di buku biodata warna warni yang berpusing seisi darjah, dengan kata 'belajar hingga ke menara gading'. Itu lewat zaman kanak-kanak. Saya, jujur kata, salah seorang dari mereka.
Okaylah, bohong. As time flies, bertukar jugalah cita-cita & impian saya. Cuma memang ada sekali, saya catit that exact same words, just for the sake of using that 'menara gading' idiom. Nampak cukup hebat untuk digunakan oleh seorang murid darjah 2 di sebuah sekolah kampung yang daif.
Kini, saya seorang remaja tua, yang terkandas di Kuala Lumpur, melakukan sesuatu yang saya tidak pernah saya fikir akan saya lakukan sebagai kerjaya sepanjang saya belajar untuk 17 tahun.
Kata orang, peringkat hidup yang saya sedang jengah kini, adalah peringkat awal dewasa. Peringkat di mana wang, jalinan sosial, ghairah batin, batu asas kerjaya & tanggungjawab semesta raga berkecamuk.
Jadi mungkin apa yang saya rasakan kini adalah normal. Diri sedang mengadaptasi.
Waktu ini juga, adalah waktu untuk kita selak kembali kamus hidup, dan lakukan reality check. Kembali mengikat diri pada keadaan dan peraturan bermain di dunia sebenar. Mana kawan kawan yang perlu kita lepas pergi, mana kebiasaan lewat malam yang perlu diketepi, juga stail hidup yang menjahil dan memudarat diri, demi ikatan kerja dan masa.
Resmi hidup sedang bertransisi dengan pantas, dan saya nampak betapa pentingnya untuk saya berada sama pantas dengannya. Walau, adakala, saya persoal kembali keupayaan diri.
Bermotivasi dan berkeyakinan adalah satu hal, tapi untuk kekal realistik adalah satu hal berlainan sama sekali. Lewat saing lain yang mula bergembira menyemai dan membiak hasil pilihan hidup yang begitu indah digambarkan di laman maya, saya sedang terperosok di celah-celah dilema antara keinginan, keperluan, kemampuan dan mungkin juga suratan takdir.
Bukankah Tuhan itu maha bijak yang tahu akan segala-gala? Mungkin ini adalah laluan yang hanya perlu saya turuti, tanpa perlu banyak cakap. Sejarah membuktikan, kerap saja pilihan saya salah. Natijahnya, saya kekal terperangkap.
Mungkin ini adalah waktu untuk kembali, melalui pilihan nyata yang diberi-Nya. Siapa tahu? Me, of all people, is the least to know. Banyak nasihat & kata-kata dari rakan yang cukup saya sanjung dan telaah sedalam dalam pemikiran. Tapi, yalah, sedang nama pun dalam dilema.
Akhirnya, saya gagal menyimpul fikiran, dan terus berharap, selagi boleh, semoga ini betul dan sahih hendak-Nya.
Begitu kompleks kan? Sekurang-kurangnya, kompleks untuk sayalah. Haha. Kalau ini semualah yang merangkumkan kedewasaan, mungkin juga saya belum mahu digelar seorang lelaki dewasa.
Mungkin salah masa yang terlalu cemburukan saya menikmati keindahan matahari senja dari bilik N2210 di Lendu. Atau mungkin juga salah saya sendiri yang tidak pernah benar-benar menghargai masa gemilang tersebut.
Mungkin juga saya masih mahu berbaring tenang di rumah lama, membantu abang dan ibu menongkat kehidupan.
Entahlah. Harga dewasa tidak dipapar di tanda harga saat kita membeli dengan paksa rela.

10/3/12
Jernih
Selamat tinggal, dunia.
Jernih air mata ini tanda aku sudah ikhlas meredhakan mimpi. Urat urat mata warna kelabu, tampak janggal bersilang dengan putih kuning bijinya. Anaknya ada warna-warna dosa yang ditatap saban malam, dan seluruh raga memancar kekelaman.
Si gila mana yang konon-konon menyangka yang suci manusia itu cukup sempurna untuknya? Yang sakitnya, bila saja kesedaran hadir, si gila wajib lewat. Wajib.
Saat-saat ini, aku cuba memujuk diri sendiri, agar menghargai pengalaman bulan-bulan lampau yang jujurnya sudah cukup indah untuk dinikmati, juga ditatap.
Memujuk, agar diri larut ini berpuas hati. Keazaman yang disaksi pasir-pasir halus, peluh keringat tingkat 12, lopak air di tingkat bawah tanah tempat motosikal bersemayam, pelangi indah lewat hujan, dan merah mentari petang. Kesilapan yang dizahir tutur kata (lewat irama kegemaran), nahu tindakan di jaring-jaring maya, mahupun lagak lakon hambar dan janggal.
Saat-saat ini, kabus mula pupus. Ribut mula melerai. Sebab jalan yang aku pilih, terus-terang cakap, dipilih Tuhan untuk disinari hakikat. Lantas mengusir orang orang sadis yang mengejar mimpi seperti aku ke tepi.
Indahnya kerelaan, saat kita mengimbau dan mengenang. Kisah kisah lampau yang penuh warna warni, yang takkan tanggal dari bekas luka, bukan sepertinya keras darah & nanah yang melekat di lutut lewat kemalangan itu hari.
Ah, kemalangan itu. Yang manis itu.
Marilah nurani, kita kecap nikmat manis masin airmata jantan ini, yang gugur membasah parut jelaga dan minyak di pipi. Jernih, tapi penuh isi.

Subscribe to:
Posts (Atom)