8/19/10

Mimpi Yang Mendudukkan Kita

Saya pernah berpatah harap dan menangis. Bertalu-talu menyoal takdir. Kini, saya masih sesadis itu. Cuma airmata saya sedikit mahal. Saya tahan demi harganya; yang bererti kekalahan. Saya tak mahu kalah lagi. Kehidupan ini terlalu saksama untuk dikesalkan. Hari ini kita palingkan harap demi menyambut takdir yang lebih baik, seperti yang disuratkan sejak awal dulu. Saya bakal meronta; saya akui, tapi saya tidak akan sekali menongkah arus. Rontaan tadi bakal senyap dek deras arus mengalir. Dan kita semua berdiri bertepuk tangan. Adapun kita terbodohkan diri, sebenarnya yang paling bijak sedang perhati apa kita mahu mengambil tauladan. Aliran misterius dunia semakin jelas dan terungkap. Berserahlah.

No comments: