3/10/11

Sekolah Zaman Ini

Banyaknya kerja sekolah
sampai tak tertahan lagi
kudrat sekerat ini sudah tak tertanggung
cukup-cukuplah

Kipas besar dalam bilik darjah
sudah hilang fungsi
adapun yang terasa dingin anginnya
adalah sang pengajar yang petah bicara
manis mulutnya
sayang ungkapnya
cantik agungnya

Penatnya ketua darjah memberi perintah
anak-anak buah tak mahu turut serta
semuanya bermain tali dan guli
mahu berguling dan mengguling
apalah saja yang kita mahukan
lepaskanlah hasrat
bukan ke mana semua ini

Papan hitam berhabuk kapur
yang disapu hambar habis waktu
ketua kebersihanlah yang terpaksa cuci saki baki kekotoran
yang ditinggal waktu lepas
oleh guru tak bertanggungjawab
juga nama-nama 'ghaib' dalam jadual bertugas
yang cantik dilakar awal tahun hari itu

Ada pengawas tidak berguna
asyik jadi pak turut saja
anjing tak rasmi sekolah kita
menyalak-nyalak bersahut-sahut
kawanan lama semua jadi tinggalan
lepas dah jumpa jawatan
dan konon-kononnya masa depan
bila bising
dialah ketua
tak padan fiil dan rupa
dia pun dua kali lima saja

Sekolah zaman ini
murid-muridnya terseksa
banyak hinaan
juga propaganda.

-Mengenang tragedi. Lampau. Tiada apa yang perlu disangsi.

No comments: