4/24/14

Mengakhiri Saga

Saharil Hasrin Sanin dalam tintanya 'Tentang Azam Tahun Baru' menyarankan supaya kita tidak mudah percaya pada kata-kata orang di sekeliling.

Jangan percaya sangat cakap orang, semua orang mahukan sesuatu dari kita (Saharil, 2004).

Untuk bulan ke-4 kini (setelah saya terjumpa tinta tersebut pada malam tahun baru yang lalu), saya telah mengangkat kata-kata di atas sebagai mantera hidup. Sedikit-sedikit, saya larutkan kepercayaan yang pernah mudah saya amanahkan pada sesiapa sahaja yang setia berada di sisi untuk sekian lama. Begitu ringkas susunan ayat yang digunakan penulis & pelukis hebat itu, tapi ia jujur dan telus. Dan begitu mudahnya, kata-kata itu menyentuh sanubari ini, kernakan kebenarannya.

Walau orang yang rapat sekali dengan kita pun, yang segala perangai baik dan jijik kita ada di koceknya, dia tetap mahukan sesuatu dari kita. Kata-kata nasihat yang diberikan pasti punya input untuk kepentingannya sendiri. Saya tidak menyalahkan perangai tersebut, because it's only human to become an opportunist. Saya tidak sampai pada kesimpulan ini melalui pemerhatian sehari dua, tapi pemerhatian untuk berdekad lamanya (ya, ulangtahun ke-25 kelahiran pantas menghampiri). Ironinya, saya juga termasuk sebagai subjek yang diperhatikan diri sendiri; kata-kata yang dihamburkan oleh mulut ini seringkali mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Semakin hari, saya menjadi semakin busuk hati; senang dengki, jauh sekali bersyukur dengan pencapaian diri. 

Saya jadi rimas. Drama-drama murahan yang dicipta diri dan mereka di sekeliling membuatkan kepala berpinar dan dada bergelora menahan sesak nafas. 

Di satu sisi yang lain, saya pula adalah seorang manusia yang cepat percayakan orang-orang di sekeliling; terlalu cepat. Dan ada waktu saya kesal mempunyai perangai seperti ini. Tapi kini, saya rasa lebih baik mempercayakan orang asing daripada kawan-kawan sendiri. Sekurang-kurangnya, kalaupun orang-orang asing ini mahu khianat, sakitnya terhenti bila tiada komunikasi langsung yang terjadi antara saya dan dirinya. Saya tidak punya akses untuk menyantumkan kepingan teka-teki dengan hipotesis sendiri. Senang cakap, hati tak sakit sangat la.

Ini jadi pemikiran strategik di sebalik rancangan saya untuk perlahan-lahan melarutkan kepercayaan; menukar status sahabat kepada kenalan. Atau suka saya gelarkan sebagai pemencilan berkala. 

Satu contoh klasik yang saya mahu rujuk, baru-baru ini, seorang kenalan tekad untuk memutuskan silaturrahim di media sosial dari sekumpulan kenalan yang bertindak memulaukannya. Pemulauan berlaku atas sebab-sebab yang terlalu sensitif untuk disebutkan di sini. Jadi dramanya bermula bila dia cuba memperjelaskan tindakan tersebut on the very social media that he once used to cheat, bashed and cynically threaten his former besties.

Yada yada yada, diskusi yang mulanya bermula diplomatik, bertukar ganas bila dia menyerlahkan sikap defensive yang tak kena tempat. Pada sayalah, bila dia sendiri yang memulakan diskusi tersebut sebagai tempat lempar bom terbuka, tapi selepas itu bertukar karakter 360 darjah, maknanya hatinya belum lagi ikhlas melepas pergi. Saat-saat dia meleraikan ikatan silaturrahim di media sosial itu lebih kurang 2 minggu yang lalu, dia melakukannya semata-mata untuk menyakitkan hati kumpulan bekas rakannya itu. Ia tidak datang dari hati. Silap dia satu; dia melakukannya pada perspektif jasmani, yang mana seeloknya, bila sampai hak-hak sebegini, ketegaran rohani lebih penting, mengatasi segalanya. Impaknya tahan sampai mati.

Me on the other hand, decided to stay visible on the outside, which totally an understatement of what's actually happening deep down inside; my heart that has gone to the point of near invisibility.

Saya sudah berjaya melakukan pemencilan pertama pada seorang sahabat yang mesra. Permulaannya cukup berliku dan menyeksakan mental, tapi natijahnya penuh rahmat; kini, hampir 100% saya berjaya melupuskan perasaan terpaut pada kenangan bersama si dia yang dikongsi bersama untuk 6 tahun lamanya. Saya mengecap satu ketenangan yang cukup indah. 

Falsafah saya ketika itu - Kawan-kawan ada hidup masing-masing. Semua mengejar kejayaan dengan cara yang tersendiri. Kali ini, saya akan gunakan falsafah sama, tapi dengan penambahbaikkan paling drastik, sementelah kumpulan sasar pun bukan calang-calang anggotanya. 

Begitupun, saya ini sedang tersudut di hujung bilik tanpa arah tuju hidup. Samar-samar. Ada tulisan-tulisan yang berlegar di atas talian menyarankan untuk tidak terlalu memikirkan semua ini. Tapi bagaimana mungkin saya boleh tidak menghiraukan bila diri baru saja dibodoh-bodohkan secara literal depan mata?

It's a classic time-loop storyBertemu. Bergembira. Tersenyum. Terfikir. Terdiam. Bergelora. Dan secara senyap-senyap, melepas pergi (dengan paksa rela sambil mengakui kekuatan pesaing), juga merawat luka terpendam. Sampai bila saga perlu begini? Akhirnya. Di situ juga. Biar habis kata dan bahasa, tapi kalau tiada rasa, tak ada makna. Penat. Lagi penat bila mahu menerangkan pada orang-orang yang sepatutnya sudah punya pengertian sendiri. Dan untuk ke-8 kali, saya masih tak berjaya memahami nahu percintaan (dan persahabatan!).

Entahlah.

Saya percaya juga, bahawa masa merubah segalanya. Akan tiba satu tempoh dalam setiap peringkat hidup, untuk kita tekan punat force quite dan kuatkan hati untuk lakukan pemecahan memori secara tersusun dan teratur. 

Malam semalam, saya terlupa tentang azam yang satu ini. Akibatnya, ini hari, hati saya yang derita. Betapa saya berharap agar blog ini punya aplikasi penggera auto yang berdering dalam minda tiap kali kelalaian melanda. 

Akhir kata, saya mahu berkongsi kerisauan tentang rasa bahawa tatabahasa saya semakin jarang menguntumkan bunga. Sebab apa, Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Kalau ikutkan fikiran yang terbatas ini, akan saya salahkan artikel-artikel gaya hidup yang sehari-hari ditekan-tekan di atas papan kekunci komputer riba putih ini. But that's the job that pays my bills. So no complaint here.

No comments:

Post a Comment