12/26/13

Ke Selatan Pemikiran

Petang tadi, seorang sahabat mengkhabarkan dirinya dalam perjalanan ke selatan tanahair bersama seorang lagi kenalan rapat kami, satu penggembaraan yang sepatutnya saya turut serta. Tapi atas masalah kewangan dan kemalasan, I have to bailed on them. Well, come on. I'm a struggling junior writer who barely make a living in a huge cosmopolitan out of a career that requires me to spend at least half of my salary on clothing every fuckin' month! So, gimme a break okay :)

Kisah bermula bila saya terhidu bau-bau pembohongan yang cuba disorok oleh sahabat saya itu, keranakan satu tragedi yang begitu kompleks untuk dikisahkan di sini. Saya cuba mengorek kebenaran dengan satu hipotesis longgar bermain di fikiran. Dengan bantuan seorang lagi rakan dan sedikit bukti asas, saya menyedapkan hati sendiri dan mencipta kesimpulan bahawa hipotesis itu salah dan tak boleh diterima akal. 

Tapi ada sesuatu tentang cara sahabat saya mengkhabarkan kepergiannya. Ada suatu kejanggalan aneh yang saya cukup kenal. Kejanggalan yang hanya akan dibuat oleh orang yang sedang berkira-kira, dan dikelilingi keadaan mencurigakan. 

Isunya bukanlah tentang saya ditipu oleh sahabat kesayangan itu (dia tak menipu pun, saya yang insecure), tapi simpulan kata yang molek digunakan adalah; saya yang berhati kaca. 

Dari dulu saya beranggapan, bila orang yang rapat dengan kita berkelakuan janggal dan cuba mengelak-ngelak, itu adalah tanda untuk kita sama-sama perlu 'mengasingkan' diri sebentar. Mungkin ada satu dua perwatakan diri atau situasi yang kurang disenangi si dia dan perlukan penilaian teliti; tentang mana satu antara pilihan berikut yang lebih berbaloi untuk disimpan dan dipertahankan? Sahabat sejati atau perangai alami?

At this point of time, I wished I am a pseudo-narcissist; saya mahu diri ini jenis yang tak perlukan sesiapa untuk mengesahkan kewujudan saya atas dunia. Bila saja saya ditimpa musibah, selalu saja saya tercari-cari rakan-rakan untuk konsultasi, serta ketenangan. Alangkah tidak terjangkau fikiran, betapa susahnya hidup bila saya jadi terlalu bergantung kepada keadaan ini.

Untuk seorang budak yang 'kononnya' sudah melalui segala keperitan dunia (baca: anak yatim dari pendalaman yang tersadai di asrama dan dihempas bayu songsang lagi kencang Kuala Lumpur), saya tidak menyangka perlu berdepan dengan masalah ini lagi di lewat usia ke-24 tahun. Dulu masa bermastautin di celah-celah kuarters berhantu Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan, saya pernah dipulaukan rakan-rakan sepermainan. Saya pernah berbangga mengkhabarkan pengalaman hebat ini pada kenalan baru, kerana bagi saya, ia adalah fasa coming-of-age yang tidak ternilai harganya. Yang menamparkan saya dengan erti berdikari. Dan betapa saya mampu berteriak, "Aku mampu hidup sendiri!". Sebab apa pemulauan itu berlaku, baik saya simpan sendiri-sendiri saja. Huhu. 

Tapi itu dulu.

Masa telah merengkuh usia. Berjumpa kenalan baru, kehidupan baru di tempat baru, bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain, sejujurnya menerbitkan harapan lebih segar untuk memberikan diri peluang menyemai definisi ideal persahabatan. Kepercayaan itu timbul sedikit demi sedikit. Tapi, atas nama kepercayaan juga, umpama yin yang yang berpisah tiada, bohong mahu wujud sekali dengan tiba-tiba. 

Saya kira bohong adalah perbuatan yang pijar, dan konsikuensnya punya impak berbeda, tertakluk pada subjek dan predikat. Contoh:

Bohong: Aku (subjek) tumpang kereta kawan aku (predikat) 
Benar: Aku (subjek) taknak lepak dengan dia (predikat) 
Tahap pijar: Tiada kena mengena, jadi tak terasa langsung. 

Bohong: Aku (subjek) balik PD (predikat) 
Benar: Aku & diorang (subjek) pergi Langkawi (predikat) 
Tahap pijar: Telinga berasap. Sebab saya sepatutnya ikut sekali ke Langkawi. 

Jelas tak? Jadi akhirnya, ada dua persoalan tunjang yang perlu sama-sama dihayati di sini; apa yang membolehkan pembohongan, dan apa pula yang membolehkan pembohongan antara sahabat? 

Saya akui, saya pernah berbohong. Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah bohong. Hik. Tapi semakin dimamah masa, otak dan badan saya sebenarnya memberitahu secara terang-terangan, bahwa perbuatan keji ini tiada faedahnya. Umpama, ia membawa saya ke luar konflik untuk satu jangka masa yang ada waktu luputnya, satu kebenaran yang menanti-nanti untuk meletus supaya diri diherdik dan dihakimi oleh orang yang dibohongi. Tambah sakit, bila orang itu adalah orang yang mempercayai saya. 

Saya berharap Internet akan kekal sampai bila-bila, untuk saya terus merenung layangan kata yang tersangkut di pautan ini. Supaya di masa depan, saya boleh kesan kembali diri saya yang dulu, dan berharap kebodohan lama ini janganlah diulangtayang. Saya berharap juga rakan-rakan saya di selatan kini sejahtera dan gembira. Walau apa jua alasan, saya pasti ada sebab kukuh di sebalik kejanggalan yang berlaku tadi. Dan saya pasti saja akan menerimanya sepenuh hati dan jiwa raga. 

Ya, tulisan ini pincang hala tujunya, banyak disulami kata sinis dan anggapan semata-mata. Mungkin haluan tersesat jauh ke selatan pemikiran. Tapi siapa peduli. Buah fikir saya adalah hak mutlak saya. 

No comments:

Post a Comment