4/13/12

Kabus Ribut

Samar-samar saja. Kurang jelas. Kau pun tahu kenapa kan? Itu, ribut. Betul-betul depan jalan raya yang kau pilih. 


Kau kata hujan indah kan? Berseri-seri. Tapi cuma kalau ditunggu. Dan diamati waktu berhenti. 


Kau sendiri tahu, betapa bahayanya menunggang motor kapcai di celah-celah rintik hujan. Merah mentari di sebalik alun awan, terusannya mengucap tiba. Buat anak mata mengecil. 


Mana lagi nak menyelit, mata hati pandang ke jalan, atau plat motosikal di depan? Jangan mengelamun. Jangan. Ini bukan hiburan. 


Usai hujan, pagi hari berkabus pula. Pun sama juga. Kau tempuh kesejukan sambil mengagak dan tercari. Empat puluh, tapi sampainya kosong. Tak sampai separuh. Limpahannya yang ada dulu, mengalir, menghibakan jiwa.


Ku ingin bersamamu, hingga ke akhirnya.


Untuk keenam kali, kau masih belum mahu belajar. 



No comments: